the babe



superhero
superhero,superboyfriend, supereverything, SUPERMAN!
Daisypath Anniversary tickers





ice skate
Hari ni aku dan rakan rakan pergi bermain ice skate dalam Bahasa Melayu nya LUNCUR AIS . hehe. Hmm, mesti nak tahu main dekat mana kan? Alahaiii. dekat KL ni kat mana jee ada tempat nak main ice skate ni. Kat SUNWAY PYAMID je lahhh yang ada. So, pagi tuu katanya nak gerak pukul 11. Aku punyalah beria pukul 10.45 dah tunggu diorang dtg ambil kat rumah. Last-last pukul 12 jugak lahh gerak. JANJI MELAYU ~~




Kitorang seramai 9 org pergi dengan menaiki 2 kenderaan sahaja. Which is fido dgn haris yang jadi driver kitorang. Sampai sampai jee sana tak fikir panjang. Dalam kepala otak memang fikir nak pergi tempat ice skate tuu terus lahh. Since hari yang kitorang pergi tu school holiday, price dia agak mahal lah. harga masuk jee dah RM 23. Tambah stoking dengan glove lagii. Total RM 36. Korang main lahh sampai lebam pun. Asalkan tak keluar dari situ.Sekali dah keluar tak boleh masuk dahh. So, duduk situ diam-diam main sampai bosan. Kitorang masuk dalam 1.30 keluar pukul 4. Okay lahh tuu. masing masing dah tak tahan lapar. HAHA. Lepas tuu terus lepak KFC makan time !
Sumpah ramai gila hari tuhh. Aku dah lahh baru first time main. memang kelakar gila lahh. Jatuh itu perkara biasa dekat situ. Diorang takkan gelak punya sebab baru baru nak main memanglahh jatuh. Pendapat aku lahh kan kalau datang dengan couple pun best jugak . ye lahh nanti sama sama main sama sama jatuh. Alahai sweetnyaaa ~ Ramai jugak couple kat situ. And i felt jelly much with them :'( . HAHA.
Anyway, memang best lahh dapat spend time dengan diorang. Ye lah masing masing tengah cuti sem sebenarnyaa. At least dapat jugak jumpa even masing masing dah ada hala tuju sendiri. So , ini ada beberapa gambar yg sempat snap.
Tapi masa tengah main tuu memang taak boleh snap. Dia tak bagi. So, masa tengah duduk lepak jee lahh dapat snap. Kalau tak dah macam macam aksi kitorang snap. hehe














← OLDER POSTS | HOME | NEWER POSTS →